Akaun madifa.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sumbangan Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah


 Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah

Kita selalu terkejar-kejar dalam urusan kerja, sentiasa stress demi mencari rezeki untuk keluarga tercinta. Namun, adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, Allah akan mempermudahkan setiap urusan harian kita?

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)




Latar Belakang Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah

Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah terletak di Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan. Diasaskan oleh Ustaz Rosli b Wan Ibrahim , madrasah ini menjadi pusat pendidikan Islam untuk semua peringkat usia, bermula dari pra-sekolah hingga warga emas .

Di sini, pelajar dididik dengan ilmu agama, pengajian kitab turath, Al-Quran, serta akademik bagi membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak.


Kenapa Kami Perlukan Sumbangan Anda?

NAMUN SAYANGNYA…
Fasiliti masjid masih belum lengkap. Kami dalam usaha membangunkan masjid iaitu tempat utama pelajar menuntut ilmu . Usaha ini melibatkan menaiktaraf tempat wuduk, dewan makan, asrama, dan beberapa kemudahan penting lain bagi memastikan keselesaan pelajar.

Dengan sumbangan anda, masjid ini dapat memberikan pendidikan yang lebih selesa dan berkualiti kepada para pelajar.


Kos keseluruhan:

RM5,000 000

Setiap sumbangan anda adalah amalan jariah yang akan terus mengalir pahalanya.


INFO SUMBANGAN

Lokasi: Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan
❤️ Sumbangan:  

BIMB - 1303 5010 0263 51 (Tetuan Pusat Pengajian Pondok) 

MAYBANK - 563046379757 (Madifa Trading)


Alfadhil Tuan Guru Hj. Rosli bin Wan Ibrahim: 011-1059 4811 



Objektif Penubuhan Madrasah


1. Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan mampu berdakwah kepada masyarakat.

2.  Menyediakan pendidikan Islam yang syumul, merangkumi aspek akhlak, keterampilan dan kepimpinan.

3.  Membantu membentuk masyarakat yang memahami Islam sebagai ad-Din yang lengkap.

4.  Menghasilkan intelektual Islam yang mampu menangani isu-isu semasa berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah Membudayakan penghayatan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Ke mana Sumbangan Anda Disalurkan?

Kami ingin memastikan setiap ringgit yang anda sumbangkan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan berikut:



1. Pembinaan Masjid belum siap – Masjid kini beroperasi sebagai pusat ilmu, namun belum sepenuhnya siap dibina.



2. Bangunan dewan makan masih belum siap sepenuhnya – Anak-anak madrasah masih terpaksa makan dalam keadaan kurang selesa, terutama ketika hujan. Bayangkan anak-anak kecil dan para pelajar makan dalam keadaan basah, sejuk dan tidak teratur. Kami ingin menyediakan ruang makan yang lebih luas dan selesa untuk mereka.




3.  Tempat wuduk dan tandas masih dalam proses baik pulih – Keadaan tempat wuduk dan tandas yang uzur menyukarkan pelajar untuk berwuduk dengan selesa. Kami ingin menyediakan tempat wuduk yang lebih baik agar ibadah mereka tidak terganggu.



4.  Pembinaan asrama muslimat masih dalam proses – Ramai pelajar perempuan yang ingin menuntut ilmu di sini, tetapi ruang yang terhad menyebabkan mereka tidak dapat diterima. Kami ingin memastikan mereka mempunyai tempat yang selesa untuk belajar, berehat dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.


Kami bercita-cita untuk menyediakan tempat yang lebih selesa, lengkap dengan prasarana yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan Islam .



BERAPA DANA YANG DIPERLUKAN?


 RM 5,000,000 


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG? 

Tuan dan Cikpuan boleh memilih mana-mana pakej sumbangan yang ditawarkan di bawah. Bayaran boleh dibuat secara online banking atau bank transfer:

1. Sumbangan RM5
2.  Sumbangan  RM10
3.  Sumbangan  RM50
4.  Sumbangan  RM100
5.  Sumbangan  RM300
6.  Sumbangan  Seikhlas Hati


Semoga sumbangan tajaan tuan/puan ini diganjari dengan saham pahala yang berpanjangan, kelapangan pintu rezeki dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.  


Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh  Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah 

BIMB - 1303 5010 0263 51 (Tetuan Pusat Pengajian Pondok) 

MAYBANK - 563046379757 (Madifa Trading)


Letakkan Reference/Remark :  "DANA MADRASAH"  


Untuk maklumat lanjut berkaitan , boleh hubungi,


Alfadhil Tuan Guru Hj. Rosli bin Wan Ibrahim: 011-10594811